27.1.08

Pengasas HPA
HPA diasaskan oleh Tn Haji Ismail bin Haji Ahmad. Berkelulusan Ijazah dalam bidang Kajian Botanikal Universiti Pertanian Malaysia (kini dikenali sebagai Univ. Putra Malaysia). Mempunyai kepakaran dalam bidang herba dan keturunannya adalah orang-orang yang sangat arif tentang herba.

Syarikat HPA
Mula dikenali sebagai PTA (Perubatan Tradisional AlWahida) pada 1986. HPA Industries Sdn Bhd telah ditubuhkan pada 1995 dan ibupejabatnya terletak di Jejawi, Perlis. Milik 100% bumiputra Muslim. Hampir 20 tahun dalam industri herba. Memberi gambaran bahawa ia sebuah syarikat yang stabil dan kukuh.

Pekerja HPA
HPA memperkenalkan GMP Syariah yang mengetengahkan beberapa perkara penting kepada setiap pekerjanya. Semua pekerja kilang HPA diwajibkan berwudhuk, menutup aurat, membaca Al-Ma’thurat dan solat sunat dhuha sebelum memulakan kerja.

Kilang HPA
Semua kilang HPA mendapat penarafan GMP (Good Manufacturing Practice), Amalan Pengilangan Baik yang dikeluarkan oleh BPFK, Kem Kesihatan Malaysia. Kini HPA mempunyai beberapa buah kilang di Malaysia dan di Indonesia. Dan HPA juga sedang berusaha untuk membina beberapa buah kilang lagi di Malaysia.

Ladang Herba HPA
HPA mempunyai ladang herba seluas 500 ekar di Perlis yang antara tanaman utamanya ialah pegaga, roselle, misai kucing dan lain-lain lagi.

Produk HPA
Semua produk HPA mendapat kelulusan dari BPFK, KKM, sijil HALAL daripada Jakim. Kini HPA mempunyai lebih 70 jenis produk dipasaran. Produk HPA dikategorikan kepada: produk herba @ makanan kesihatan, kegunaan harian dan kosmetik. Antara produk

laris ialah Kopi Radix, Minyak But, Lady Cheer, Paramaria Plus dan Spirumadu.

Harga Produk HPA
Harga produk HPA sangat kompetitif dan berpatutan. HPA juga menekankan prinsip IHSAN dalam soal harga produk. Ini bertujuan untuk membolehkan setiap golongan tidak kira kaya atau miskin mampu memilikinya.

Pengiktirafan
Unit R&D HPA telah menerima anugerah kualiti daripada
SIRIM Berhad.

Perniagaan HPA
Perniagaan HPA adalah bersifatkan perubatan herba dan produk-produk kegunaan harian. Sistem MLM digunakan untuk memberi peluang kepada ahli menjana pendapatan sama ada secara sambilan atau sepenuh masa.


Plan Pemasaran MLM HPA
HPA memasuki era Multi Level Marketing (MLM) mulai 1997 (lebih 10 tahun bertahan dalam MLM) dan mendapat pengiktirafan MLM Syariah dari Pusat Konsultasi Syariah Indonesia. Ini bererti plan pemasaran HPA adalah berlandaskan syarak, telus, adil, tiada perangkap dan tiada penipuan.

Perubatan Herba dan Perawatan
HPA memperkenalkan konsep PERUBATAN JAWI yang merangkumi ilmu perubatan herba, diagnosis penyakit dan perawatan. Terdapat kursus Sijil Herbalis dan program Perkongsian Ilmu Cemerlang yang diadakan untuk memberi peluang kepada ahli HPA untuk mempelajari ilmu herba.

Latihan Keusahawanan
Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) diwujudkan bagi memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada semua ahli untuk menjalankan perniagaan MLM Syariah HPA. Program ini sangat berkesan sehingga berjaya melonjakkan jualan bulanan HPA. Kursus ini dikendalikan oleh pemimpin-pemimpin HPA yang berjaya dikalangan Pengarah Jati Setia (PJS).

Koperasi Wahida Berhad
HPA menubuhkan koperasi ini untuk menjalankan beberapa projek yang antaranya ialah mengadakan pasaraya Muslim, kilang botol dan plastik, tawaran pinjaman dan lain-lain lagi. Pelaburan saham koperasi dibuka kepada ahli HPA sahaja. Ini bagi membolehkan ahli menikmati keuntungan bersama.

Cawangan dan Stokis HPA
Kini HPA mempunyai lebih 60 cawangan dan ratusan stokis di seluruh negara. HPA juga mempunyai cawangan dan stokis di Indonesia, Brunei, Singapura dan Thailand.

Kebajikan
Setiap bulan HPA tidak lupa untuk menginfakkan sebahagian keuntungan kepada pertubuhan kebajikan, maahad tahfiz dan rumah anak yatim.

Pengiklanan di Media
Produk HPA seperti Kopi Radix dan Cereal Radix kini diiklankan di radio (IKIM.fm), surat khabar (Harian Metro), televisyen (TV3& TV9), papan iklan (di Alor Setar) dan pengangkutan awam iaitu di bas-bas (di Alor Setar)


Hebat bukan! Tiada sebab lagi untuk anda tidak bersama kami. Sertai kami sekarang juga. Keahlian HPA hanya RM 30 sahaja seumur hidup dan anda akan menikmati diskaun produk dari 20-25% serta berpeluang menjana pendapatan lumayan melalui perniagaan produk HPA


http://www.hpa.com.my/

P R O D U K.......... H A L A L


T A N G G U N G J A W A B ...............B E R S A M A


APA KATA PENGGUNA ;

Nama : ABDUL RAZAK BIN MAT SHUKOR
Negeri : SELANGOR
Topik :MINYAK BUT-BUT SANGAT HEBAT
Tarikh Di Hantar : 2007-08-15 03:08:41
Email : razaktn@yahoo.com


PADA SUATU HARI, KETIKA SAYA MENJALANKAN TUGAS BERAT IATU MENGANGKUT PASIR DGN MENGGUNAKAN KERETA SORONG. PASIR YG DIANGKUT SEBANYAK 3 TON LORI. PADA MALAM HARINYA SAYA TELAH MENDAPAT SAKIT DIBAHAGIAN TENGKUK DAN PINGGANG YANG TERUK. SELURUH BADAN SAYA MERASA SENGAL DAN SAKIT YG TERUK. ISTERI SAYA TELAH MENYAPU "MINYAK BUT-BUT" SEBANYAK 4 KALI SETIAP 2 JAM DIBAHAGIAN TENGKUK HINGGA KE PINGGANG. PADA KEESOKKAN HARIMYA SENGAL DAN SAKIT PINGGANG ITU TELAH HILANG. OLEH ITU SAYA DAPATI "MINYAK BUT BUT" INI AMAT LA BERKESAN UTUK SAKIT DAN SENGAL BADAN AKIBAT TERSELIUH ATAUPUN KERJA BERAT. [MINYAK BUT-BUT AJAIB KELUARAN HPA INDUSTRI]......CUBA JGN TAK CUBA.

No comments: